FAQ

Soalan yang sering ditanyakan

Kami beroperasi di premis Latok Pop! Pop! di Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor.

Kedai online kami beroperasi 24 jam sehari, dan bahagian pemprosesan dan perkhidmatan pelanggan kami beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad.

Caranya sangat mudah, anda hanya perlu memastikan kuantiti produk yang betul sebelum menambah produk tersebut ke shopping cart. Setelah selesai membuat pilihan produk, anda perlu klik ke laman shopping cart dan menekan butang Checkout. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan untuk penghantaran pilih caj penghantaran sama ada alamat anda di Semenanjung Malaysia atau Sabah/Sarawak. Sekiranya anda sudah berpuashati dengan semua maklumat tersebut, anda boleh terus membuat pembayaran menggunakan bank online atau melalui perkhidmatan Ipay88. Maklumat tempahan akan dihantar ke email anda.

Untuk masa sekarang, sistem kami menerima pindahan wang (bank transfer) dilakukan selepas anda submit tempahan anda. Anda perlu membuat bayaran ke nombor akaun yang diberikan dan menghantar slip bayaran ke email atau whatsapp kami untuk mengesahkan tempahan anda. Sila pastikan jumlah yang betul sebelum anda membuat pembayaran.

Kawasan penghantaran yang diliputi ialah seluruh Malaysia – Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak. Pastikan anda memilih caj penghantaran yang betul di bahagian Shipping mengikut lokasi anda. Sila hubungi kami di +60147797799 untuk maklumat lanjut. 

Kami menghantar tempahan yang telah siap kepada pelanggan menggunakan perkhidmatan Poslaju, J&T and Pgeon.

Kami mengenakan caj penghantaran rata (flat delivery charge) bagi kaedah pengeposan iaitu sebanyak RM10 untuk semua kawasan di Semenanjung Malaysia dan RM15 untuk Sabah dan Sarawak. Anda perlu memilih pilihan caj ini berdasarkan alamat penghantaran yang anda masukkan. Caj yang berbeza dikenakan untuk tempahan PREORDER. 

Penghantaran mengambil masa 1 hingga 3 hari bekerja dari tarikh bayaran dibuat.

Penghantaran dilakukan setiap hari bekerja kecuali pada hari Sabtu dan Ahad. 

Self-collection hanya dibenarkan untuk tempahan preorder dan borong. Untuk tempahan pek Shrink 40g, kami akan hantar kepada anda. Sekiranya ada permintaan untuk self-collect di kedai, sila hubungi kami.

Pembatalan tempahan hanya boleh dilakukan untuk tempahan pre-order sahaja. Tempahan yang telah dibayar melalui pembelian online tidak boleh dibatalkan kecuali di atas sebab-sebab yang munasabah. Anda perlu menghubungi kami melalui talian +6014-7797799. Pembatalan tempahan yang dibuat melebihi 3 jam dari masa tempahan tidak akan dilayan. 

Proses penebusan wang (Preorder sahaja) mengambil masa 48-72 jam untuk diproses. Pihak kami akan menghubungi anda sebaik sahaja wang anda telah dimasukkan ke dalam akaun anda.